Thursday, February 26, 2009

Kata - Kata Pedoman Wat sume Teman2....


"Setiap manusia Tidak semua dilahirkan sempurna"
"Setiap Manusia Mesti Ada Melakukan Kesilapan"
"Sebelum Menegur Orang Lain"
"Kita cermin Dr kita"

salam,

Dah bape hr syam xupdate my blog...coz bz keje le...
Tibe2 td ngah bc paper online tup2 terperasan ade kata2 pedoman utk syam share ngan kwn2...
yang knli dr ini.... Marilah kite same2 renungkan....

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa. 19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. 22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

50) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

51) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

52) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

53) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan"

Jadi, ape yg syam copy itu td mana yg baik kt jadikan pedoman utk kt perbetulkan mana yg salah...


Renung2kan Dan Selamat Beramal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, February 22, 2009

Trip Balik Muadzam!!!!!!!!!!!!!!!

"Terima kasih Cinta Untuk Selamanya"
"kau Berikan Diriku Kesempatan Utk Aku Bermesra Dgnmu"

Salam,

Betapa hepinye blk kg ni, dah lbh kurang 3 taun xblk. ye la dah lama xblk bl dpt blk ni cm "nasi pulang ke gagang". Ni blk pun sebab nak tgk kelahiran baby baru, Nama dia Iqram Danish.. Comelgiler huhuuhuhu.....

Semalam bertolak kul 1 dr umah tp sblm tu g keje dulu after that terus blk umah n kemas brg terus gerak blk. Dlm perjalanan tu mcm2 cite aku borak ngan sepupu aku, yela pasal kes aku n tunang aku yg aku rasa cm ngah bergolak kencang....

aku sedih gl ngan ape yg terjadi. aku xdpt nak accept ngan ape yg dia wat kat aku. aku tnya apa pendpt sepupu aku dia pun punyai pndpt yg sama ngan aku. tp ntah la aku pun xtau la...
aku ni xde tempat nak mengadu ngan ape prob yg aku alami hanya sedara mara je la tempat aku mengadu skng.

sedar xsedar kami tiba di muadzam ngan selamat. Alhamdullilah....
Tp dlm perjalanan aku sempat gak ar tido ye la aku letih sgt. Sian lak kat sepupu aku drive sorg2 sory ye kat lin....Lin ni la sepupu aku yg plg rapat ape mslh aku dia tau... die je tempat aku mengadu. Time ksh lin... kdg2 aku naik malu gak ar. Aku skng sebatang kara tiada siapa pun wlu ade adik beradik tp aku lbh suka mendiamkan dr je dr berhubung ngan mereka. aku pun xtau nape aku cm ni...

aku nak privacy kot tanpa gangguan dr sesaper pun...
tp ape2 pun aku bersyukur coz ade member2 yg selalu menghiburkan ht aku ketika ssh senang..
espcly bro pika la skng ni, wlu skng dia kat indon tp still tnya kabo aku.. ayu, dee, min n adam pun xkrg gak yg selalu amik tau n ajak aku lpk coz xnak aku kesunyian...
i love u alsssss.....

aku hrp antara kami xkan terpisah wlu kami semua berkawin sekalipun.. aku rindunye kat kamu sumeeeeeeeeeeeeeeee..............................
lin pun aku plg syg sgt diala pun byk gak bg nasihat sblm n smpi sekarang la wlu aku mengenali kwn2...

Thanks pada semua huhuhuhu........................

Lirik ni utk u als........Dgrkan lah...n hayati

Tersadar di dalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu
ouuwwww…ouuwwww…

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan ituTak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

Friday, February 20, 2009

Manusia Xakan Berhenti Mengata Sehingga Mata Tertutup Baru La >>>>>

"Apakah Dosaku,Apakah Silapku"

salam.....
Syam terdetik nak karang hari ni coz tibe2 je ....
Syam hrp ade org mengerti ape mksd nye.....
Syam bkn meminta ataupun ape cuma terkilan ngan ape yg dilontarkan....
jauh disudut benak ht syam sedih dan amat terkilan coz syam dah angp cm fmly tp xsgka sungguh.....
syam menyusun sepuluh jari atas nukilan ini.....
marilah kita hayati bersama lirik ini....

Assalammualaikum...


Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

(Korus)
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang

Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku

Hari Paling Boring

"Bila ku sedari dr disayangi"
"Bila Ku rindu Padamu Ku ucap namu"





Salam,

Hari ni boring gl siot.....
Aku xtau nape jd cm ni,,,,
Kat ofis td wat keje pun mls...
n then aku xwat ot pun coz mls n aku pun sms ayu ajak tgk movie kat mid valey coz my housemate smlm ajak...
tepat kul 6 ptg aku pun smpi kat umah, aku mandi n trs kuar umah ke mid valey. mula cdg nak tgk kat pavilion tp cm mls ar lak.
smpi je kat mid valey syam trs tgk tiket wyg...
tiket kul 8.45 n then kami wat keputusan mkn dulu kat Carls JR, smbl mkn2 mcm2 kami borak.. ade psl si tut, n si tet...
mcm2 ada la...
ayu ngan mkn burger lmbt gl....
aku la yg plg cpt hbs coz 1 hari xmkn...
aku xtau nape xde mod nak mkn.....
aku dlm minggu ni saje je wat hepi wlu x...
aku xnak pk tp dlm dok xnak ttp pk gak....
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..................
tlg la aku ni..................
Tepat kul 8.45 kami pun msk panggung...mula citer mmg best.. and kat tngh2 cite aku mula ngtk n sempat la tido 20 min...
tu tandanya boring la tu....
hahahahahaa............
lama gak cite ni... dah la sejuk gl nsb baik aku dok sblh ayu,, diala pemanas bdn aku...ahaks
kul 11.45 cite hbs....
n then bl kuar ngan ayu lau xde gmbr xsah....jd kami sempat la pose jap wlu penat.....
huhuhhuhuhuu
aku menyusun sepuluh jari lau ade kengkawan yg aku xajak....
bkn ape terlupa sgt...coz wat kptsn last minite....

Wednesday, February 18, 2009

Hari Ini dan Semalam

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta

Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu

Harap nanti kita 'kan bertemu
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

btl la kt2 org bl berjauhan rindu gl, tp bila dkt mesti ade je berselisihan fhm...
tp ape yg penting keikhlasan, kejujuran, tu memainkan peranan penting dlm perhubungan,
setiap pasangan harus percaya yg org tu akan setia pd yg satu,
wlu dah ade ikatan sekalipun cemburu tu hrs ade dlm ape sekalipun,
bohong la klu syam kt xcemburu lau die bergembira ngan bekas buah hati, tp yg penting kami dah bersatu skng ni, hanya syam percy pd janji die sblm kami bersatu dulu,
maybe perasaan syam je kot, yela kami msg2 bz dlm minggu ni ngan outstation la n syam lak ngan keje lg.

adakah dia ingt kat syam or x?
sejak die outstation ni xde pun sms, maybe bz kot....
xpe aku fhm dia ada urusan keje kot...
ape2 pun aku hrp die tau status die ckp...
bak kt org lau dah jodoh x kemana......
lau dah bersatu sklipun lau dah xde jodoh berpisah gak...

Dah la syam xnak pk2 la wat pening n skt kpla je..
dah la ngan keje cm siot je...
tension tul ngan keje skng, siap kene pksa ot lg.
bengang pun ade keje ni, rasa nak dok umah je,
kdg2 bl pk bestnye lau jd anak ikan kepada mak2 datin, xyah keje tp poket tebal coz di sponsor
ape ssh just kuar n bg je ape yg die nak(hahaahhaha fhm2 je la) tp tu la syamni xhndsme maybe ade hikmah gak sebalik sume ni kan, nasib baik la aku ni berfikiran waras lau x dah lama dah cari sugar mami... tp ape yg penting hati ku hanya padamu syg.....

I Miss U syg...
Wlu berjauhan drku tetap utkmu....

Tuesday, February 17, 2009

Upin Ipin The Movie

Salam,

Baru smlm berpeluang tgk upin ipin kat mid valley ngan Bro Pika, Bro nizam n Sis Chik. Mula2 ms bro pika ajak syam cm xnak coz syam xbp minat sgt ngan kartun malaysia ni, bukan ape tkt xbest. Tp bl Pk blk lau bkn kt yg support filem malaysia sape lg... Tul x?

Tpt kul 9 movie bermula setelah melihatkan starting yg agak lawak syam mula xjd nak tido coz slunye lau boring syam akan tido. tp alhamdullilah la cite berjaya menambat hati syam coz xtido k. Tp ape yg terjadi bro pika yg awlnye bergelak sakan akhirnye terlena seketika. xtau la maybe penat keje kot.

tp rul berbagga gak ar ngan hasil anak muda malaysia coz berjaya menghasilkan movie yg agak baik gak la. Wlu ok tetap ade krg nye... Dr segi audio visual ade krg skt la, tp xde teruk sgt....

tp ape2 pun gi la menonton upin ipin di pawagam kerana ia sgt menarik utk di tonton pelbagai lapisan masyrakat dan xkira bangsa k.......

Setakat ni je la kot...
Thanks sekali lagi Kat Bro pika, Bro nizam n Sis Chik yg sudi ajak gak syam join.

Salam........

Kesetiaan and Kejujuran Hati yg kita janjikan......

Di antara kita sentiasa terbentang luas dusun rindu
tempat kusemai jambangan hasrat
tempat kusemai benih kehidupan.

Di antara kita sentiasa terbentang luas dusun rindu
tempat kupetik manis duniawi
tempat kupetik makna berkasih.

Di antara kita sentiasa terbentang luas dusun rindu
tempat kutuai ranuman cinta
tempat kutuai belaian setia.

Di antara kita sentiasa terbentang uas dusun rindu
walau sesaat tidak berpisah.
Di antara kita sentiasa terbentang luas dusun rindu
biar berkekalan ke nadi akhir
bisa dituai berdua kita bisa dituai di alam muka.
"Aku ssayang padamu, sayang."

Syam Suka Lagu Ni... Puitis Giler Beb!!!!!!!!!!!

Lagu ni syam tujukan kepada insan yg paling syam syg.....n my frenz....
Syam merasakan lagu ni mmg puitis lah... Lagu ni syam terdengar ms otw blk umah dlm kete bro Pika.. Dlm Hati Syam terdetik Best Giler Lirik Die, Padahal syam dah slu dgr...
pada frenz cuba la dgr lagu ni k......


Ungu - Tercipta Untukku

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu

Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau slalu

Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku

Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

Sunday, February 15, 2009

Kenangan Lalu.....

Dalam Keheningan mlm ni.....
Hati aku tiba2 jd sayu jer....
Cm ni la syam lau dok sorg jer mesti mcm2 pk
ntah la tibe2 jer tingat kat arwah ma.....

Syam x tau nak wat pe dah... syam skng hnya mampu mengalirkan airmata n sedekah al - fatihah je..
Aduh!!!!!!!!!!!
Kusutnye rs kpla ni.....
syam teringin kembli zaman kecik2 dulu slu tido ngan ma..
mkn bersuap tp skng tiada lagi....
makanan feverote dah xdpt lg....

Ya allah tlg la hamba mu ini,
hanya pdmu ke memohon agar lindungi rohnye dikalangan org2 yg beriman....
tapi pada kwn2 lau bc blog ni syam mtk maaf k..
syam bukan nak meraih simpati dr kwn2 cuma xtau pd sape hrs syam luahkan jd hanya blog ni je yg mampu tlg syam...

Ibu,
Kaulah penyeri hidupku,
kaulah jua tempt ku mengadu,
kaulah jua tempat ku bermanja,
kaulah jua tempat ku gembira,
tp kini kau tiada lagi dr sisiku,

Ibu,
Kau umpama lilin yg membakar dr,
mencari nafkah utk ku membesar,
kini aku mampu tersenyum dgn apa yg ku miliki,

Ibu,
aku amat merinduimu,
aku hrp kau bahagia disana,
aku selalu doakan semoga rohmu ditempatkan dikalangan org yg beriman.....

Amin............................

Komen PGL Taun ni!!!!!!!!!!!!!!!!

Salam,

Wlu dah dua hr berlalu,rasa cm br smlm jer tgk PGL. Lau u als nak tau mlm tu rmi gak artis2 dtg tgk k...Dato siti n suami, Liza hanim, Datin Norjuma, Ifa raziah, Sean Ghazi dan rmi lg la.

Ape2 pun show mlm tu mmg meletup la berbanding taun lps la. mmg byk ar peningkatan dlm pembikinan taun ni. Penggunaan silap mata la n sound system n byk lagi la. Tp nape erk xde anugerah utk penggiat seni teater. Atleast dr anugerah tu makin byk lg penggiat teater yg berani memgeluarkan teater yg bagus dan meletup.

Ape2 pun rugi la pd sesiapa yg x pegi menonton teater ni k. Jd g la pd yg rasa nak tgk tu k. Maybe ada lg yg tersesat kot tiket kosong ke. hehehehehehe Jgn mrh k. Sekadar Gurauan bersama.

Salam N Selamat Mlm

Thursday, February 12, 2009

M@d@H Selok@

Indah Sungguh Hari Ini
Disinari Dengan Cahaya Matahari
Apajua berlaku dlm diri
Ia bermula dari hati yang Nurani...

Andai Bumi Hancur berkecai
Maka Tanda Dunia Dah Tiada
Wlu halangan melanda badai
Ia tanda Ujian dr Allah Taala

Padamu insan yg tersayang
agar kau selalu setia
wlu slu mu ucap syg
kesetiaan dan kejujuran ku harap jua

Paras rupa bukan ukuran
harat wang ringgit bukan utama
tp hatimu yang selalu kuharapkan
utk kita kekal selamanya

sekian saja madah seloka
buat tatapan membe semua
ia hanya sekadar renungan bersama
agar hidup sentiasa bahagia

PGL KEMBALI LAGI!!!!!


Salam,

Horeeeeeee.......... hr tepat kul 8.30mlm di Istana Budaya berlangsungnye persembahan teater yg aku rasa rugi pada sesiapa yg tidak pergi menonton. Syam pun mlm ni br dpt tgk coz tiket hr ni.. Nasib Baik sgt dpt tiket tu... Rmi membe yg dah tgk kt best gl, tp tu la kdg2 setiap org pendapat berbeza, ade yg kt best and ade yg kt x. Jd better syam pergi tgk sndri btl x?

Mlm ni adalah mlm keramat coz syam akan menjadi pengkritik (ala2 af la pulokkkkk) bl kt tgk sndr br la kt leh cite smla kat kwn2.. btl x? Jd kepada kawan2 yg xdpt tiket tu sabar erk coz syam akan cite dr A to Z k.
Tp lau nak tau ms PGL 1st dulu syam dpt tgk free je.. tp skng dah keje ssh ar nak contact person yg in charge tu.. Tp ape2 pun syam hepi sgt2 coz dpt beli guna titik peluh syam sndri... hehehehee

Mlm ni syam pergi ngan Bro Pika coz ktorg dah janji lama. Sib baik la die pun minat gak tgk teater muzikal ni, yela jrg membe2 syam yg minat tgk teater ni kecuali membe2 dancer. Syam skng pun dah krg dpt show coz bz ngan keje. jd pd xterkejar better syam slow kan utk amik show. Tu yang ade peluang tgk ni.. Hehehe

Tp lau kwn2 nak tau dance ni leh wat duit sgt, coz skli show RM100 dah dlm tgn tp penat bdn ni jgn tanya ar coz menari kt guna tenaga sepenuhnye, ngan nak ingt step lg mcm2 la. Tgk senang tp nak wat ssh gak ar,. Tp ape2 pun marilah kita sokong industri tempatan kerana tanpa siapa lah mereka.


K la sekian saja nukilan syam setakat ni. Wassalam......

Wednesday, February 11, 2009

DALAM MENUNGGU HARI-HARI INTERVIEW


Syam ngah hepi giler skng ni, xtau ar nape. Maybe bl dpt tau yg syam dpt interview kat LHDN. Wlu br je interview tp aku xtau nape cm hepi gl. Aku excited gl ngan interview ni. Dlm minggu2 ni dlm kpla otak syam hnya pk nak pki bj ape, kasut ape, penampilan cm ne ye la syam keje skng cr pemakainan lain. Rasa2 ape baju yg patut syam pki erk? ................................

Yela Gomen ngan company private lain. Syam ni xtau la sgt bab pki gomen punye skema pemakaian bj utk interview. Tp bl syam dpt tau dpt utk interview ni tibe2 sdh lak coz tibe2 tingat kat arwah mak, lau ade dia mesti hepi dgr bl syam dpt interview keje ni. tp apa yg syam mampu berdoa kpdanya.Biasanya sgla kegembiraan syam akan share ngan arwah.

Wlu apapun syam tetap hepi ngan keje skng wlu penat otak. Tp ape2 pun kat tmpt keje skng la syam leh hidup cm skng. Xde la kaya tp mampu utk survive dr. Yela aku kat KL ni sensorg tanpa keluarga. Kemana pegi aku ngan kwn2 je. Tp ape2 pun aku ucpkan time ksh byk2 wat kwn2 yg sudi menemani syam.

Syam hrp korg doakan syam selamat ngan interview coz yg akan dtg interview seramai 457 dr 30,000 yg hntr borg n hnya nak 35org je. Aku xmengharap dpt tp hope dpt keje ni. heheheheheheheheehehe..........
coz aku nak hidup lbh terjamin.......

Thanks To Bro Pika yg sentiasa memberi kt2 peransang utk aku lbh berjaya, Dee yg xjemu memberi nasihat n Min yg selalu nmendengar rintihan ht aku. Dan kpd sume kwn2 yg baru n mahupun yg lama mengenali dr aku.

Sekian Saje hasil nukilan dari sy@m......

Sunday, February 8, 2009

Salam Pengenalan!!! Sekadar Renungan

assalamualaikum,


Pertama Sekali, time kaseh la wat teman yang kenal kan syam ngan dunia blog ni.Syam gembira sebenarnye ngan my life skng.

Tp kdg2 bl teringat kat arwah mak, sedih gl. Yela syam ni anak mak, bl dia xde aku rs sunyi sgt. Tp ape2 pun i bersyukur coz aku berjaya smpi ke tahap ni wlu xde la havoc sgt gaji tu tp alhamdullilah coz syam berjaya survive diri syam sendiri xde la menyusahkan family syam.
Cuma syam xleh lupa janji syam nak wat arwah mak gembira xdpt dikecapi coz ms syam ngah blja dia dah kembali ke rahmatullah, jd duit keje syam xpnh dia rasa masa dpt tau dia dah xde tu syam rasa cm dunia ni hanya syam sorg je yg ade. Eh ape ni!!! asyik cite ksh lampau kan. Xpe skng syam hepi sgt coz ade kwn2 yg kpla gl2 cm syam gak. Coz syam ni kpla xbtl skt.
Cuma hope als my frenz hepi knl ngan syam coz syam xde la perfect tuk kwn2 tp lau nak bg u als hepi ok je...