Friday, September 23, 2011

Tanggungjawab Sebagai Ayah dan suami

Bukan mudah memikul tanggungjawab ini sebenrnya tapi bukan susah juga memikul tanggungjawab ini...

Sebaik sahaja seorang lelaki yang telah akil baligh berumahtangga maka terpikul di bahu mereka pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka laksanakan.

Lelaki yang telah berkahwin bertanggungjawab mengetuai keluarganya serta menjadi suami dan bapa kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan itu.

Malah, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun beliau telah berkahwin.

Sebagai ketua keluarga, seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Mereka perlu menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan.

Menurut Perunding Cara Kekeluargaan dan Keagamaan, Shafiee @ Sapien Khatib Jali, seorang suami perlu memastikan makanan yang diberikan kepada ahli keluarganya adalah berkualiti dan halal, memastikan pakaian yang dipakai oleh ahli keluarga sempurna dan menutup aurat, memberikan tempat tinggal yang selesa dan selamat serta memberikan pendidikan fardu ain dan kifayah kepada ahli keluarga.

``Seorang bapa yang baik ialah mereka boleh menjadi pemimpin, mo del ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya.

``Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari dalam diri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah `Strategi Kebapaan Efektif' pada kursus bulanan pembangunan keluarga untuk orang awam anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), baru-baru ini.

Selain itu, menurut Shafiee lagi seorang suami dan bapa juga bertanggungjawab menjadi pelindung keselamatan kepada semua ahli keluarganya.

Malangnya, pada masa sekarang terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup menodai anak kandung mereka.

Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata tetapi menyerahkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri.

Dalam pada itu beliau juga memberitahu sebagai seorang suami mereka perlu bergaul dengan isteri mereka secara baik, sentiasa bersabar, memberikan nafkah batin dan merahsiakan hubungan kelamin.

``Seorang suami juga perlu mendidik isteri, memberi mahar, menyediakan tempat tinggal yang layak, memberi nafkah (sara hidup) serta tidak mencampuri isterinya ketika isteri sedang haid,'' katanya.

Beliau juga sempat memberikan beberapa panduan kepada suami untuk menjadi seorang suami yang berkaliber.

Katanya, seorang suami perlu meletakkan matlamat dan visi yang perlu dicapai keluarga agar keluarga berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bahagia.

Malah, suami perlu menjadi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin keluarga ke jalan yang benar, merangsang keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup, bijak, sabar, sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga, bertoleransi, bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga.

``Seorang suami juga tidak boleh mencemuh atau menyalahkan isteri sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Suami tidak boleh merungut semasa atau selepas membantu isteri, tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak mengambil sikap acuh tidak acuh atau tidak peduli terhadap isteri, bertolak ansur dan sedia membantu isteri dalam apa jua perkara,'' katanya.

Seorang suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri, ikhlas ketika membantu dan bersikap empati.

``Suami yang memahami kekuatan isteri membantunya dengan memberikan semangat serta bantuan fizikal dan material diberikan oleh suami ketika isterinya berada dalam keadaan `lemah','' katanya.

Shafiee menjelaskan betapa pentingnya seorang suami menghormati isteri, tidak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih, benar-benar mendengar semasa isteri sedang bercakap, menguruskan rumah tangga dengan semangat sepasukan, mementingkan pendapat isteri serta berlaku adil dengan isteri.

Sebagai lelaki yang bergelar bapa pula, mereka wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.

``Jika boleh sentiasa menghabiskan masa bersama anak-anak, beriadah dan berekreasi bersama mereka, menjauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat, menjadi teman kepada anak-anak dan mengawal anak-anak menggunakan disiplin.

``Tiga strategi untuk `mendisiplin-kasih' anak-anak ialah dengan cara mengukuhkan hubungan ibu-bapa dan anak secara profesional, komunikasi yang berkesan serta pendekatan psikologikal,'' ujarnya.

Sebagai anak pula, golongan ini juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa, memberi sumbangan kepada mereka, membantu, menziarah serta menjalin hubungan mesra dengan sanak saudara.

Petikan ini di ambilportal komuniti Ukwah .com

Kehadiran Orang Baru!!!!!!!

Salam 1 Malaysia,

Pertama sekali aku memanjatkan syukur kepada Allah s.w.t kerana isteriku telah selamat melahirkan anak lelaki yang begitu chomel hehehehehehhe. Tanggal 26 Mei 2011 putera ku di lahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang. Pada asalnya, wife d masukkan ke Hospital Muadzam Shah pada 25 Mei 2011 pada jam 6 ptg lbh kurang la, n then pada pukul 4.30 pagi wife aku tergerak hati untuk memberitahu nurse yg dia dah xmampu menangung sakit lagi.

Ia di bawa masuk ke labour room n pecahkan air ketuban tup tup d sahkan baby ku terberak dalam perut. hanya tuhan saja yang mengetahui coz before this aku dah dengar pelbagai berita mengatakan risiko baby terberak dalam perut ni. Dan wife aku di kejarkan ke HTAA atas alasan tiada pakar baby ( sah2 la ko xnak ngaku salah ko kan nurse2). Sepanjang perjalanan aku ke Kuantan hnya tawakal kepada Allah saja yang mampu aku berikan.

Baru la aku tau perasaan memeber yang mengalaminya, siyes aku xsenang duduk rasa nak cepat smpi je. tiba aku di HTAA wife dah selamat bersalin tapi yang bangangnye leh lak aku dengar yang aku xleh mengharapkan 100% coz baby dah berak dlm perut ni mcm2 leh jadi (mau xgiler aku time tu). Tepat kul 10.30 pagi wife n baby keluar untuk masuk ke wad. Bila aku tgk 2 buah hati aku keluar hanya linangan air mata gembira yang mampu aku luahkan kerana rasa syukur kepada Allah menyelamatkan 2 nyawa yang cukup beerti buat aku.

Kini aku merasakan diri aku dah cukup hepi n lengkaplah hidup aku skng ni. dalam diam x diam anak aku kini dah berumur 4 bulan.. ye la aku pun dah nak dekat bape bulan x update kot....kini anak ku membesar dengan hepi......dan aku namakan ADEEB DAIYAN SYAHMI.... hehehehhehe kat bawah ni gambar daiyan dari lahir sehingga la kini.....


Ketika d lahirkan.....





Monday, April 11, 2011

Kembali berblog......

Salam Monday......

Wakakakaka tergelak jap aku tetiba salam monday melayu cmpur english leh lak cm tu kan wakakakakkaa.....Dah lama gila aku x berblog kan...dah nak dekat sebulan blog aku bersarang labah2 n anai2 .......tapi oleh disebabkankerinduan mengarang so aku gagahkan ruang untuk mencuri masa aku untuk berblog.

Dalam keadaan hujan lebat membasahi bumi aku masih lagi di pejabat menghabiskan masa2ku ketiadaan isteri disisis...cewaahhh ayat xleh blah siot......hehehhehe. Ape pun hari ni xde mood nak wat keje huhuhu...bayangkan sehari ni aku siap wat keje baru 10 keje je.....heheheheheh habis nak wat cm ne xde mood....huhuhuuh.

Apepun hari ni mmg aku xde mood so semuanya aku xde mood nak .........

MOOOD XDE HEHEHHEHEHEHEHHEHEHEHHEHE

Wednesday, March 16, 2011

Pewaris hidupku dan isteri.........

Pagi ni bangun awl gl coz smlm tido seawl mungkin hahahahahhaa........so pg td kul 6 pagi mata dah terbuka dengan luas seperti alam semesta ......wakakakakaa (gebang sangat) Actually isnin lepas aku n isteri g la Scan 4D hehehehehe....ye la sape xteringin tgk anaknya ye dok...hehehehhehe. Lagi2 dengan keaktifan yang terjadi bermula 4 bln smpi la skng heheheheheheh.....semoga anak Daddy n Mummy sihat k.....So kepada isteriku...ingt pesan doktor jgn tensi2 k kang efect bby kt nanti.....

So pengalaman yang xdpt dilupakan bila doktor tunjuk yang bby kami adalah boboy hehehehe saya sgt hepi coz harap2 dia leh jaga Mummy dia bila Daddy xde kat umah....hehehehhe n yang kedua doktor tunjuk anak kami sedang menjelir2 kan lidah maybe minum air kot hehehehehe lapor la tu.....hehehehheheheh

Lagi 2 bulan je pewaris kami akan dilahirkan....ape2 pun b doakan untuk bb semoga tabah menghadapi dugaan nanti k.....k la jom kita sama2 tgk gambar yang diberi oleh doktor heheheheheh.......









Tuesday, March 8, 2011

MENTOR 5 KEMBALI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


SALAM 1 MALAYSIA,


Tetiba pagi ni tertarik untuk mengarang pasal mentor 5, sebelum xpnh nak tulis cerita sal mentor ni. tetapi coz mentor sume best2 tahun ni. Antaranya Erra Fazira, Dato Sharifah Aini, Edry Kru, Noh Hujan, Rahim Maarof dan Afdlin Shauki.


Antara protege pula adalah Salma protege kepada ERRA, Shiha protege kepada Dato Sharifah Aini, Iqa protege kepada Edry, Ayish protege kepada Noh HUjan, Aiman protege kepada Rahim Maarof dan Ratnah protege Afdlin Sahuki.


Pada persembahan pengenalan mentor Ahad lepas aku harus memberi pujian kepada Salma kerana memberikan persembahan yang paling best kerana kekuatan vokalnya xdpt dinafikan lagi. Aku ada melihat video dalam youtube salma ada nyanyi lagu Listen wow mmg meletopppppp tetabom kebabom hahahhaha..... Antara yang bakal memberi saingan Iqa & Shiha.


Tetapi kalau rakyat Malaysia memilih kepada protege n bukan Mentor sudah pasti la Salma peserta pilihan aku. Tetapi apa pun ni baru minggu pertama ada lagi beberapa minggu perjuangan. Diharapkan semua memberikan persembahan yang paling best n Mantap. Tapi aku rindukan Asia Bagus la.....bukan apa aku suka ngan cara permarkahan. Coz cuba kembalikan something new untuk zaman skng.


Aku tahu zaman skng sume pihak mencari keuntungan tetapi tidak memandang kepada kualiti. Kalau kita lihat sekarang kenapa artis yang dicari melalui permarkahan juri lebih bertahan lama. Walau pun kita lihat nak naik seseorg artis tu lambat tapi skng siapa sangka bakal lagenda dan ada yang dah menjadi lagenda. Seperti program realiti hanya sementara je lepas tu xtau ke mana hilang.

Aku sendiri pun xfhm kadang2 rakyat yang pilih lebih bagus ke or juri lagi bagus. tapi aku rasa better bagi juri 100% lagi bagus la.


K la cukup la aku celoteh k lama org boring lak dengar celoteh aku ni...wkakakakakaka
korang tengok la gambar protege n mentornye k.













Semoga perjalanan mentor 5 berjalan dengan success dan berjaya melahirkan nama yang terkemuka kelak

Monday, March 7, 2011

Hunjung Minggu ku yang lalu.......

Salam 1 Malaysia,

Actually tepat jam kul 8 pagi tadi sy baru tiba di Senai Airport kerana xsmpt beli tiket bas malam td so buat keputusan beli tiket flight. Ngantuk subahanallah hanya tuhan je yang tau. Mata ni umpama terkena biji lada smpi xleh nak buka...dah xtau bagaimana caranya untuk buka mataku luas- luas. Actually smlm jam kul 10mlm aku n wife tiba Shah Alam dari Port Dickson... pada asalnya aku n wife hanya pk nak g jenguk je....tp fhm2 je la bl dah mak mentua pujuk so terpksa akur la.


Kami bergerak ke PD hari sabtu jam 11 lbh n tepat kul 12lbh aku smpi la.....tapi yang xleh tahan tu cam mana dari Corus leh bertukar ke Coral hahahahha....ni info dari kakak iparku. Sebernanya kami ni menyibuk je....tujuan utama coz kakak ipar nak bwk anaknye main pantai n kolam. So siap dia book hotel Avilion Admiral lg.........aku ni nak xnak turutkan je la. Ingt dtg n blk smpi aku lgsg xbwk baju....yang bestnye isteri aku hanya bwk baju dia jer....huhuhuhuhu sedihnye....akhirnya aku g beli baju n suar skli pakej ngan baju wife.......


tapi hotel Avilion ni best gak la n murah je.....harga dlm RM 185 je untuk jumaat sabtu n Ahad RM 165 boleh korang bayangkan betapa murahnya dengan facilities nye menarik lagi...mmmg bes gak la. Cuma mkn je la agak kureng sedap skt....tp ape pun tetap best.....hehehehhehehe....yang mak buyong tetap penat walau bercuti wakakakakakakakkakakak...........

Tapi lau kwn2 nak bercuti ke PD leh la stay di Avilion Admiral Cole PD....untuk makluman kwn2 Avilion ada 2 jgn tertukar yang sebeleh rumah owner zaitun tau.....tapi umah tu dah xde org menginap skng. Yang aku stay yang kat Kem Tentera simpangnya betul2 dpn kem tentera . Harga mmg murah dan Luas sgt biliknya....

Gambar kat bwh antara yang sempat aku amik.....










Tgk apa tu bb?



Anak buah Wife
........ Mami N daddy .........

Friday, March 4, 2011

Keindahan Dunia Ciptaan Allah

Salam kepada semua teman2.....

Hari ni hari jumaat kan? huhuu cepat masa berlalu kan diam tak diam dah nak masuk 7 bulan baby kecik ku dalam perut mami dia, sekejap je masa tu berlalu. Lagi 2 bulan lagi baby junior kami akan melihat dunia ciptaan ALLAH S.W.T. Harap baby kuar jadi org yang berguna n baik ye syg. Ape pun semua kuasa tu datang dari ALLAh s.w.t. harap2 dia sempurna semuanya dari sifat seorg manusia.Aminnnnnn.........

Baby nak tau x, dady n mami ni xsbr nak lihat wajah anak dady yang comel tu, hehehehehe. Baby tau x dady n mami dah belikan semua barang persiapan untuk baby. Tetiba terdetik dalam hati dady sayu sgt coz dady n mami dah nak dapat cahaya mata. Baby nak tau x walau apapun kesusahan yang dady n mami alami kami akan tetap berusaha untuk membesarkan baby.

Untuk isteriku banyakkan membaca n hafal semua surah yang b dah belikan buku tu k. Kita dok jauh kan hanya itu yg b mampu untuk memberi sokongan selain sokongan moral n support dari belakang k. Selalu lah buka internet serve persediaan bersalin k..kat situ banyak sangat dia bagitau info. Ape pun b ucapkan beribu terima kasih sekali lagi yang tak terhingga untuk bb yang berkorban untuk b n baby junior kita k. Jasa mu akan kami kenang sampai ke mati.

Ya allah! aku memohon kepadamu agar kau dapat melindungi isteriku dan kandungan dari segala unsur kejahatan dan elakkan mereka dari ke arah kemaksiatan. Ya allah! aku tau sepanjang hidupku aku xpernah membuat ke arah kebaikan tetapi setelah kau menemukan jodohku bersama isteriku baru la ku sedar bahwa Allah tau apa yang kita xtau akan jadi. Sekelip mata ia berubah, yang dahulu aku langsung tidak memikirkan tentang hidup berumahtangga, AKU LEBIH KEPADA DUNIAWI.Kini baru ku tahu yang semua itu hanyalah sementara setelah apa yang aku miliki sekarang lebih bahagia dari apa yg dimiliki ketika dulu.

Tetapi ape pun yang berlaku ALLAH maha adil dia akan beri kebahagaian bila tiba masanya. kita xperlu terburu2 k. Usaha dari kita dan tawakal serta berdoa kepada Allah s.w.t agar memberi kekuatan agar kita dapat mencapai kebahagian serta impian yang di ingini. Hidup ni umpama roda kadang kala kita di atas n kadangkala di bawah setiap manusia akan di uji segalanya. Hanya dalam sedar atau tidak sedar sebenrnya. Kita jangan lah alpa dengan apa yg kita ada skrg xsemuanya kekal. Perlu di igtkan hanya pinjaman semata. Hanya Kapan yang mengiringi kita bersama amal ibadat yang dilakukan ketika di dunia......

Betapa indahnya ciptaan mu Ya allah.....Ake berterima kasih kerana memberikan ku rezki segalanya semoga kami sekeluarga dilindungi dari segala malapetaka dan bencana......aminnnnnnnnnnnnnnnnn

Thursday, February 24, 2011

Santapan Malam Bujangku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Salam kengkawan,

Aku ni ngah kebusanan giler, xtau nak buat ape keje berlambak tp idea tu xdatang lak..Adoyai bukan mudah kan keje ni kan....mata dah semakin layu di samping kepala melayang2 memikirkan esok nak balik wakakakkaa......Ape pun sejak kawen n berjauhan pulak ni hidup aku biasa2 je. makan pun ala kadar je asal ade jer. Tapi ape pun aku nak share ngan korg yang aku masak malam tadi hehehehehe....Try masak kari n goreng sayur jer.....wakakakka tp masakan org laki ni asal cmpak je hahahha...sedap ke x tolak tepi janji perut ku kenyang.....tengok la erk hasilnye wakakakaka



Sebelum Siap untuk Dimakan





Taraaaaaaaaaaaaaa!!!!! hasilnye wakakakakkaka

Gini lah gayanya lau nak makan kari tapi bini dok jauh lak hehehehhehe....xpe la janji kenyang tul x? hehehehe jadi kepada semua orang lelaki masak je sendiri xssh pun buat kari ni .... k la chin chow chow lu

Untukmu Sayang!!!!!!!!!!

Salam 1 Malaysia buat semua,

Di keindahan pagi yang mengasyikan ini tetiba menarik aku untuk menulis blog khas buat isteriku tersyg Nor Azlin Shafiee. b rasa belum terlambat bagi b untuk ucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke 26. Bagi b u bb adalah orang yang terbaik untuk b. Untuk pengetahuan bb, b bahagia sangat bila bersama bb. Nape bukan dari dulu kita bercinta kan, inilah yang dikatakan takdir penentu segalanya, jodoh pertemuan ajal maut ditangan Allah s.w.t. Kini hidup b sudah lengkap bb. Lau pertengkaran tu adalah asam garam hidup dalam berumahtangga malah ia lagi akan mengeratkan hubungan kita kan bb? Tp xku sangka rupanya jodoh b adalah depan mata b sebenarnya.

Tp ikhlas b cakap b takut untuk meluahkan perasaan tu kat bb dulu coz b ni apalah sangat, xberharta, duit xbyk gaji xbesar. Cuma cukup untuk menyara hidup kita je. Lagipun b ni mana la handsome berbanding boy bb dulu kan? Apa pun bermula pada hujung tahun 2009 bila b single n bb pun single time tu apalagi kasi cucuk jarum dalam2 ar. Hahahhahaha .... Sib baik bila b cucuk jarum bb pun cam suka gak. Akhirnya pada 1 Januari 2010 kita dah dekat ngan ikatan merisik. Tp lau diikutkan kita xde pun bercinta kan? N then pada 12 jun 2010 kita ditunangkan dan diijab Kabul dengan sekali lafaz je. ( amcm hebat x suami mu)

Tp apakan daya jarak kita pulak sebagai pemisah untuk kita memadu asmara sebagai pasangan suami isteri. T p apa pun Allah Maha Kuasa dia berikan kita rezki lagi dengan memberikan kita bakal cahaya mata. Ikhlas jauh disudut hati b xpenah b rasa puas bb bersama bb. Bilakah masanya kita akan bersama kan. Setiap hari b mengimpikan balik umah ada orang sambutkan b dengan senyuman, masak untuk b, temankan b tido ketika malam, kuar sama2 huhuuh....tp bila tu beluum tahu lagi kan? Huhuhuh adakala b balik umah cam malas je nak balik umah coZ bb xde.

Harap dugaan ini akan berakhir nanti, bukan mudah melayari hidup berumah tangga PJJ ni. Lau belajar PJJ bagus la tp hidup berumah tangga ni bahaya. Tp apepun suatu hari nanti ia akan tiba jua. Cuma kita kena kental menghadapi sume dugaan dan badai yang datang dengan tenang coz syaitan suka menghasut kita agar melakukan kejahatan. Syaitan ni lau menda baik mmg feveret nak ganggu tp percayalah kesetiaan, keutuhan cinta b pada bb xkan pudar walau sekelumit sekalipun. B harap begitu jua pada bb k.

Apapun b jua ucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan b bakal zuriat. Walau pelbagai dugaan yang bb tempuhi dari mula sehingga kini usianya 6bln lebih dalam kandungan bb, demi keluarga kita bb sanggup hadapi dengan tenang walaupun adakalanya sehingga membuatkan bb demam. B amat ghargai pengorbanan bb. Pengorbanan seorang ibu yang paling besar adalah ketika mengandungkan anak kan? Jadikan ini sebagai kekuatan untuk bb terus kuat walaupun b tau ia bukan mudah untuk bb hadapi dengan sendirian tanpa b disisi ketika bb memerlukan b. Begitu jua dengan b syg, bila malam tu terasa sunyi sgt.

Adakalanya sehinggakan sampai terbawa dalam mimpi b tau. Ingtaan b xkan pudar sampai bila2 sehingga lah b pergi mengnadap Allah s.w.t. Selagi jantung dan nadi b berdetak, selagi b masih bernafas, selagi b mempunyai kudrat selagi itulah b akan cuba membahagiakan orang yang amat penting dalam hidup b skng ni. Sekarang ni bb kita tolak semua masalah yang berada di depan kita k, kita focus pada yang satu matlamat kita adalah membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni. Lagipun tahun ni kita bakal menerima tanggungjawab yang lebih besar lagi iaitu membesarkan cahaya mata yang bakal bb lahirkan nanti. B harap kita dapat menjalani dengan tenang dugaan dan cabaran yang mendatang.

Sebelum b mengakhiri coretan b yang ntah apa ni, hayati lah lirik lagu dari Anuar Zain ni SEDETIK LEBIh. Cuba fahamkan bait2 lagu ni. Ni semua luahan hati b untuk bb yang jauh di mata tapi dekat sgt di hati b ni.....SALAM SAYANG DARI SUAMI MU DI KEJAUHAN

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu


Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa


Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya


Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu


Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu



EDRY ABDUL HALIM






hanya ini yang mampu ku beri buat mu sygku untuk membuktikan cintaku padamu

Wednesday, February 23, 2011

Belilah Produk Agromas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Salam.

Ni bkn promote tp tujuan nye adalah memperkenalkan produk fama jenama Agromas yang sedap dan yg paling penting HAlal ........Jom kita tgk ape benda jenis produknya.





















Ini baru berapa je yg sempat sy upload, esok sy akan upload lagi...jgn risau ini keluaran 100% bumiputra dan dijamin halal dan sedap. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli produk keluaran FAMA boleh lah menghubungi saya di talian 07-2341185

Diari Seorang suami.........

Salam dan selamat pagi semua......

Hari ni xtau la kenapa mood cam moody sgt2, rindu isteri? Of course la mesti rindu, rindu adik-beradik pun ade, sedara mara semua la....tapi yang paling aku xleh lupa Arwah mak aku la. Tapi ape pun sepanjang hidup sebagai suami ni mmg masa tu ada je untuk isteri la di samping kerja aku yang melambak2, ape pun pertama sekali aku mohon maaf la pada keluarga ku masa bersama kalian jarang. Bukan lupa tapi aku harap adik beradik faham situasi kami yang jarang jumpa n bila aku ada masa bersama of course la cuba luangkan masa ngan isteri. Bukan mudah menjadi seorang lelaki yang bergelar suami kerana nak kena bahagikan masa ngan isteri n keluarga.

Ape pun hrp sgt kalian semua memahami diriku ini, kadang2 aku terfikir sampai bila harus aku berjauhan begini ngan isteri, ape pun sebagai seorang suami aku kadangkala ingin masa tu diluangkan bersama dengan isteri sahaja tanpa gangguan orang lain(that means privacy la) tp dalam situasi kami skng kami xdpt lagi time tu. Kadang kala aku balik pun kerja nak rest kan otak n tido je. Tapi ape pun aku skng ni mencuba untuk menjadi yang tebaik dari yang terbaik. Ape pun isteri first n begitu juga ngan isteri dia mesti mementingkan suami first ingt tu kwn2 k. Dalam kesibukan kerja xmenjadi maslah untuk aku mencuba untuk mendapat lebih ilmu. Baru2 ni aku ada terbaca dalam satu laman web berkaitan suami isteri la xsilap aku pengantin .com kot. Jom kita baca sesama apa yang aku baca n dapat ilmu.

ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.

Sabda Rasulullah SAW:

(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.



Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam.

Tapi ape pun si isteri juga perlu untuk cuba membantu si suami dalam apa jua sekali pun, sedangkan dalam al-quran ada menyatakan isteri di cipta dari tulang rusuk sebelah kiri suami. So kepada isteri2 di luar sana cuba membantu suami untuk beri yang terbaik dlm keluarga kamu sendiri. Apa yang paling penting jangan kita ada sikap menyalahi antara satu dengan yang lain, itu xbagus la.

Apep pun aku skng pegang prinsip maslah aku n wife hnya kami yang tahu. Lau blh aku xnak ada org ketiga dlm maslah kami. Kerana tanggung jawab telah diberikan untuk suami so biarlah suami yang menyelesaikan semua masalah. Mampu atau tidak hanya aku je yang tahu.....Semoga Allah sentiasa melindungi aku dan keluarga ku.....

Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.


PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah kerajaan yang dibinanya.

Firman Allah

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)

NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."

(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.

Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

PENDIDIKAN
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.

Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya.

PELINDUNG
Si suami juga bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.

(at-Talaq :6)

Menurut ayat di atas juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.

Suami hendaklah memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW:

Whoever of you whose wife behaves in a disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him rewards as much as job will be given for his forbearance.

Untuk memastikan bahwa si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi goyah.

Jika terdapat kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.

MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.


"Renung2kan Dan selamat Beramal....
Ada pepatah melayu mengatakan "sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri" tetapi sekiranya tiada tangga bagaimana untuk kita menaiki rumah yang di bina.( bukan umah teres k, tapi umah kampung)Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu syaitan......

Monday, February 21, 2011

Aku, Dia dan Baby.......

Selamat pagi,
rasa cm dah lama xberblog ni...huhuhuh al maklum la byk gl keje aku nak kena buat....apa pun aku nak share ngan u ols la ksh hidup aku skng ni.....ape pun utk pengetahuan korg sume wife aku kini dah pregnent cm xcy je usia kandungan dia kini dah 6 bulan n nak masuk 7 bln doh.....kejap je kan...rasa baru cm semalam je aku kawen ye la xsempat nak honeymoon lebih2....hehehhee. Tapi ape2 pun aku hepi bangat...untuk pengetahuan korg la kan aku mmg mengharap dr bulan pertama kami jd suami isteri lagi yg kami akan dpt bby tp rezki xde time tu....masuk bulan kedua baru la Allah s.w.t memberikan kami rezki terima kasih tuhanku kerna menambahkan kebahagian kami dengan bakal hadirnya cahaya mata kami....

Untuk pengetahuan korg kan, wlupun kami dikira baru tp aku tkt n berdebar sgt time tu ye la tkt dikatakan mandul coz sedangkan wife aku baru je pas period time kami nikah tp xde rezki gak....rupa2nya bila di selidik melalui internet time subur wanita adalah time period yg banyak...hehehhe tp alhamdulilah usaha kami berjaya....
kat sini aku nak share ngan u ols yang aku baca sebelum ni dari laman web mengandung.com. Jom kt sama2 baca k......

Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita?
Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?

Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Waktu subur boleh dikenalpasti sendiri melalui:

1. Pusingan Haid (menstruasi):

Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur. Pegeluaran benih akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar).

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Oleh yang demikian adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan cahaya mata senantiasa merekod tarikh bagi keluaran haid dalam buku catatan khas - yang mengandungi carta suhu badan.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

2. Catatan Suhu Badan:

Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:

1. Ujian Darah:

Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

2. Ujian D & C:

Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.

3. Pemeriksaan Fizikal:

Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:

Buah dada
Kilang tiroid pada leher
Sistem peranakan.
Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

4. Pemeriksaan Laparoskopi:

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

5. Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)

Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.
Apa2 pun usaha dan tawakal tu penting. Allah yang maha kuasa, adil semuanya rezki datang darinya...kt sebagai umatnya hanya mampu berusaha dan berserah kepadanya... sekiaan sahaja buat kali ni....hehehehe renungkan la yerk .....

Tuesday, January 4, 2011

Salam Tahun Baru.....

Salam n selamat pagi......

Lama gila xtulis blog yela keje makin melambak2...ngan outstaion sana sini cm artis lak coz nak kejar show.....wakakakkakaka ape pun tahun ni adalah tahun yg plg best buat aku. hehehee jom kiter story mory k.

Tahun ni pembukaan tahun yg sgt best....ye la mana xbest ngan pasukan Malaysia menjadi Juara Piala Suzuki, dan yang paling best kini aku telah bergelar bakal bapa sedar xsedar usia kandungan isteriku dah memasuki 5 bln. huhuhuh so azam tahun baru aku tahun ni nak keje kuat2 nak utk menyara anak isteri ku makan n hepi je....wlupun xkaya tapi janji kami xmenyusahkan org lain....itu moto hidup kami....

Tapi cam mimpi sgt ye la baru je jadi suami n then dah nak jadi bapa lak.. rasa terharu sgt dgn rezki Allah s.w.t beri buat aku. Dengan mengurniakan isteri yang baik, keje yang agak ok, tp aku bersyukur dgn apa yg aku ada. Kini aku ngan isteri bahagia sgt2 ngan ape yg kami ada n bakal ada. Tahun ni adalah tahun yg plg menarik utk kami melayari bahtera suami isteri n bakal Daddy Mummy hehehehe......

Diharapkan tahun ni tiada lagi kekecewaan n masalah yang timbul tp sekiranya wujud ia adalah dugaan Allah s.w.t. Aku terima segalanya...Ape pun buat isteriku Nor Azlin Shafii aku syg kamu sgt2........Hanya kita yang dapat membentuk family kt syg....B harapkan satu jer percayalah pada cintaku......Lebih bahagia dari kita bercinta lama sebelum kawen......bercinta selepas kawen lagi best.....semoga rumah tangga kita kekal hingga kita menutup mata..... Lagu ini khas utk mu isteriku....
Acha Septriasa - Sampai Menutup Mata
Embun di pagi butaMenebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
(Korus)Aku tak mudah mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta
Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
(Ulang korus)